Jom Belajar Buat Sabun
Pengenalan Kepada Kraf Membuat Sabun Hiasan Secara Cair & Bentuk @ 'Melt N Mold'
Kraf membuat sabun menggunakan teknik pencairan bahan asas sabun dan membentuk sabun menggunakan acuan atau secara ringkasnya 'melt n mold soap crafting' adalah sesuatu yang amat baru bagi orang Malaysia. Walaubagaimanapun setelah anda mempelajari teknik-tekniknya yang amat mudah ini, anda mampu untuk menghasilkan satu sabun yang cantik dengan pilihan haruman, warna pilihan anda sendiri. Anda mungkin selepas ini tidak akan berbalik menggunakan sabun biasa lagi.. Selain untuk digunakan sendiri, sabun yang terhasil boleh juga dijadikan hadiah. Dengan menghasilkan sesuatu sabun yang unik dan menarik, anda juga boleh menjualnya dan menjadikannya sumber pendapatan..
Keistimewaan Bahan Asas Sabun Berglyserin dalam proses 'Melt-n-Mold Soap Crafting'
Sekiranya anda mempunyai bahan-bahan dan mengetahui teknik membuat sabun, ia adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menguntungkan kerana anda berpeluang menghasilkan sendiri sabun di rumah. Walaubagaimanapun perlu diingatkan bahawa 'Lye' yang digunakan dalam proses membuat sabun adalah bersifat menghakis. Ia perlu dikendalikan dengan teliti dan berhati-hati. Silap gaya boleh melecur tangan. Tetapi kalau anda tidak tahu cara-cara membuat sabun ‘from scratch” tidak mengapa..anda boleh juga menghasilkan sabun sendiri yang kaya dengan glyserin dirumah. Caranya amat mudah dengan menggunakan bahan asas sabun berglyserin. Di mana sabun tersebut dihasilkan dengan menggunakan teknik “Melt-N-Mold” .
Apakah cara “Melt-N-Mold"
Bahan asas sabun tersebut hanya perlu dicairkan “melt” dengan menggunakan microwave ataupun double boiler (sepertik teknik mencairkan coklat), tambahkan pewarna dan pewangi, tuangkannya ke dalam acuan “mold”, dan tunggu untuk sabun itu mengeras dalam beberapa jam (kalau nak cepat masuk kan ler dalam peti ais), keluarkan dari acuan..dan sabun anda sedia untuk digunakan ataupun dijadikan hadiah. Dengan creativity, anda boleh menghasilkan berbagai bentuk dan jenis sabun hanya menggunakan bahan asas Melt-N-Mold ini sahaja
Informasi Produk
INFORMASI TENTANG SABUN
Sabun yang kami gunakan adalah 100% berasaskan tumbuh-tumbuhan.
Ia bebas dari bahan kimia dan lemak haiwan dan yang penting sekali adalah HALAL .
Diperkaya dengan glyserin dan vitamin E semulajadi yang baik untuk kulit.Glyserin merupakan by-product penting yang terhasil dalam proses pembuatan sabun. Ia memerangkap partikel air di udara dan memberi kelembapan tambahan kepada permukaan kulit anda.
Oleh kerana sabun-sabun ini mempunyai kadar kelembapan yang tinggi, setiap satunya akan dibalut kedap udara dengan plastik lut sinar. Ia adalah bertujuan untuk mengelaknya dari terdedah kepada wap air di udara kerana ia akan menyebabkan sabun tersebut mengalami “perpeluhan” di mana terjadinya tompok-tompok air di permukaannya . Sekiranya ini terjadi, sabun anda masih boleh digunakan sebagai sabun mandian.Kebanyakan sabun yang terdapat di pasaran mengandungi tahap glyserin yg sedikit, ini adalah kerana glyserin yg banyak telah di gunakan untuk tujuan kosmetik, dan sabun yg yg biaanya mempunyai kandungan glyserin yang banyak terdapat pada sabun mandian bayi. Ini adalah kerana kulit bayi memerlukan kelembapan, tidak seperti kulit orang dewasa.
Untuk pengetahuan anda, buat masa ini hanya dua negara yang menjadi pegeluar terbesar produk sabun di dunia!. iaitu UK dan juga China. Secara ringkasnya, sabun yang dikeluarkan daripada England adalah mahal walaupun kualitinya baik, manakala sabun daripada keluaran negara China pula sememangnya murah tetapi tidak dapat di pastikan tahap kebersihanya malah status halalnya juga tidak di ketahui.
Jadi, selain dari kita mengunakan produk hasil dari negara kita sendiri, kita juga dapat mempertingkatkan lagi ekonomi negara dan yang paling penting, kita lebih yakin dengan sabun yang kita gunakan setiap hari adalah buatan kita sendiri.!
SABUN LUTSINAR
Sabun lutsinar adalah satu produk yang boleh di katakan baru dalam industri negara kita, selain kegunaan sendiri,kita juga boleh menjadikannya sebagai cenderamata perkahwinan, hadiah harijadi, hiasan di bilik mandi dan sebagainya, mengikut kreativiti anda. Ini adalah kerana anda boleh membentuk, mewarna dan memilih bauan yang anda suka. Cara membuatnya juga amat mudah..semudah A,B,C..
Subscribe to:
Posts (Atom)
